Ahad, Oktober 21, 2012

Ringkasan Bab 4 (Etika - Assignment SPE)



1.0 PENGENALAN
Etika merupakan satu penetapan yang abstrak tentang tingkahlaku seseorang manusia terhadap persekitarannya. Ia juga merupakan kepercayaan berdasarkan corak moral yang dimaklum balaskan melalui perbuatan atau percakapan.

2.0 KONSEP ETIKA
Perkataan etika dipetik daripada perkataan greek iaitu ethos yang bermaksud tingkahlaku atau perangai. Dari perspektif falsafah, etika merupakan satu cabang ilmu falsafah yang dikhususkan tentang tingkahlaku yang baik atau tingkahlaku yang buruk. Para sarjana membahagikan etika kepada tiga cabang iaitu Etika Meta, Etika Normatif dan Etika Gunaan.

2.1 ETIKA META
Etika meta bermaksud disebalik apa yang dilihat dengan mata kasar. Ini membolehkan kita mempersoalkan perkara ghaib seperti kewujudan tuhan, kewujudan makhluk ghaib dan sebagainya. Oleh itu wujudnya etika agama atau etika deskriptif yang membincangkan tentang moral menganuti sesuatu agama.

2.2 ETIKA NORMATIF
Etika normatif adalah satu penilaian yang dibuat terhadap moral yang sedia ada kemudian mempermudahkan moral tersebut dengan penetapan yang diterima semua pihak. Contoh moral yang telah dipermudahkan ialah berbuat baik dibalas dengan kebaikan. Diantara teori yang digunakan dalam etika normatif adalah teori deontologikal yang menilai baik-buruk berdasarkan tindakan, dan juga teori teleologikal yang menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakan.

2.3 ETIKA GUNAAN
Etika gunaan mengkaji tentang isu-isu yang khusus dalam kehidupan seharian. Ia juga mencari penyelesaian sesuatu masalah dengan menggunakan etika meta dan etika normatif. Contohnya seperti etika perniagaan melihat tingkahlaku pekerja, majikan dan diskriminasi dalam persekitaran kerja.

Dr Ahmad Sahidah menerangkan konsep Rukun Negara 

3.0 ALIRAN-ALIRAN ETIKA
Etika telah membentuk pelbagai doktrin disebabkan setiap manusia mempunyai citarasa atau pendapat yang berbeza dengan orang lain. Diantara doktrin dalam etika adalah Utilitarianisme, Hedonisme dan Eksistensialisme.

3.1 UTILITARIANISME
Utilitarianisme berasal daripada perkataan utiliti yang membawa maksud kepuasan dalam bidang ekonomi atas penggunaan setiap tingkat barang yang diperolehi. Etika dalam doktrin ini menekankan segala keputusan adalah untuk mencapai kepuasan yang sama kepada semua pihak agar kebajikan terjaga.

3.2 HEDONISME
Hedonisme berasal daripada perkataan greek iaitu hedone yang bermaksud matlamat kehidupan adalan untuk mencapai keseronokan hidup semaksimum yang mungkin. Etika dalam doktrin ini menekankan kebaikan dan keburukan ditentukan oleh kenikmatan dan pilihan yang membawa kepuasan adalah lebih baik.

3.3 EKSISTENSIALISME
Doktrin ini menegaskan bahawa tingkahlaku haruslah berpaksikan kebebasan. Keadaan ini memberi kebebasan kepada masyarakat untuk bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Tindakan ini mewujudkan situasi yang keterasingan apabila tindakan tersebut terlalu luar biasa dan terasing daripada norma masyarakat.


Tayangan filem untuk buat pelajar berfikir tentang plot filem yang penuh dengan persoalan

4.0 AKHLAK
Akhlak merujuk kepada sifat yang terpuji dan tingkahlaku yang menyenangkan orang lain tanpa ada rasa perselisihan. Akhlak juga dapat dilihat dengan tingkahlaku yang baik kepada setiap perkara.

4.1 HUBUNGAN AKHLAK DENGAN ILMU TASAWUF
Pengertian tasawuf adalah akhlak perlu diamati oleh setiap individu muslim. Akhlak islam adalah al-Quran dan al-Sunnah. Tasawuf adalah akhlak kerana sesiapa meningkatkan akhlak maka ia menambahkan tasawuf kepada dirinya. Usaha pembentukan akhlak mulia perlu dilakukan dengan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

4.2 PENDIDIKAN AKHLAK
Pendidikan akhlak dikenali tahdhib al-alkhlaq iaitu menghapuskan akhlak buruk dari diri seseorang. Akhlak yang baik merupakan sifat yang terpuji oleh itu ia perlu dibentuk dalam diri. sebagai contoh mudah ialah Rasulullah, baginda merupakan seorang yang mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji.

4.3 CARA MEMBENTUK AKHLAK MULIA
Akhlak dapat dibentuk melalui latihan dan pupuk sifat yang baik ke dalam diri. Dengan adanya disiplin dalam diri akan dapat menyemai akhlak mulia dengan lebih teratur. Ia perlu diberi fokus dalam aktiviti seharian seperti hubungan dengan keluarga perlu dijaga.

4.4 FAEDAH AKHLAK MULIA
Faedah akhlak amat besar disisi Allah SWT. Orang-orang yang beriman mempunyai akhlak mulia, oleh itu mereka selalu melakukan ibadat kepada Allah SWT untuk mendapat keredaan. Walaupun seseorang itu banyak beribadat tetapi berakhlak rendah seperti biadap maka Allah SWT tidak pandang kepada amalan ibadatnya itu. Akhlak mulia merupakan benteng kepada seseorang daripada terlibat dengan sebarang gangguan syaitan.

4.5 BAHAYA AKHLAK BURUK
Akhlak yang buruk akan menutup rezeki kita. Akhlak buruk mampu mengundang ketidakselesaan kepada diri seperti senantiasa berasa gelisah, bimbang dan keluh resah. Sesungguhnya akhlak buruk tidak memberi ketenangan kepada diri bahkan mendatangkan keburukan kepada diri dan orang lain.

4.6 MATLAMAT AKHLAK
Matlamat akhlak adalah untuk membentuk budi pekerti yang baik dan disenangi oleh semua orang. Akhlak mengikut pengertian tasawuf dapat dilihat dalam 3 bentuk iaitu baik akhlak kepada tuhan, baik akhlak sesama manusia, dan baik akhlak kepada diri sendiri. Ketiga-tiga bentuk akhlak ini menunjukkan ketakwaan kepada Allah SWT iaitu patuh segala suruhanNya dan hindari segala laranganNya.

p/s : ringkasan lebih kepada konteks yang umum.

3 ulasan:

MOHD HANIFF berkata...

Hai ni adik JKPS kan...

MOHD HANIFF berkata...

Bagusnya...banyak input

Abdul Rahman berkata...

ya saya.. post nih pon untuk tugasan Sains Pemikiran dan Etika.. terima kasih