Tekanan semakin terasa..
Bismillahirrohmanirrohim.. Syukur
Alhamdulillah ke Hadrat Illahi kerana dikurniakan kesihatan badan yang sihat
dan akal yang cergas.. Syukur ke atas nikmat yang telah dikurniakan.. Syukur ke
atas kelebihan dan kesenangan yang telah dikurniakan.. Syukur ke atas
segala-galanya.
Ingin aku lepaskan tekanan dalam diri ini dengan mencanting ayat di blog ini..
tekanan yang dimaksudkan ialah tekanan mengendali program iaitu Media Tour yang
akan dilaksanakan pada 15 November 2012 ini.. berkenaan dengan tekanan study
tidak ketara sangat kerana Syukur Alhamdulillah cerapan ilmu ke dalam diri mudah
diterima.. berkenaan dengan assignment dan peperiksaan pertengahan semester sudah
pun lepas.
Berbalik kepada tekanan yang aku hadapi sekarang ini iaitu tekanan mengendali
program.. aku sebagai Ex-Officio boleh dikatakan hampir semua kerja aku buat..
dari segi pentadbiran sehingga lah publisiti.. ia seperti ada naik turun
tekanan yang aku alami sepanjang persiapan untuk melaksanakan program Media
Tour ini.. sebelum aku menceritakan tekanan aku nih.. molek kiranya aku
ceritakan serba sedikit latar belakang program aku nih.
Media Tour merupakan salah satu Almanak
(perancangan) program dibawah Biro Informasi dan Penerbitan iaitu biro aku
dengan menggunakan tiket badan kepimpinan kolej iaitu JawatanKuasa Pembangunan
Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat.. Media Tour ini
merupakan program lawatan ke badan-badan media elektronik dan cetak di sekitar
Kuala Lumpur.. nampak simple je kan program ini.. program lawatan je pun apa la
sangat.. memang itu la persepsi orang yang tidak tahu prosiding perlaksanaan
program lawatan.
Awal persediaan..
Serius aku katakan aku langsung tiada
pengalaman kendali program lawatan.. jadi aku bermula dengan kosong.. dengan
berbekalkan pengalaman menjadi peserta program lawatan.. aku aplikasikan
perjalanan program lawatan tersebut dalam membuat persiapan program lawatan aku
nih.. pada awal persiapan seperti biasa apa-apa program universiti perlu buat
kertas kerja terlebih dahulu.. Alhamdulillah aku tiada masalah nak buat kertas
kerja sebab format sudah pun diberi.. yang menjadi masalah ialah mencari AJK
program, persetujuan bajet program, pemilihan tarikh program, dan mencari
peserta.
Aku mula buat persediaan program nih bermula
pada tarikh 6 Oktober 2012 iaitu sehari selepas program ke-3 aku dalam tahun
nih iaitu program PES Tournament II.. waktu tu hal program PES Tournament II tu
belum setel lagi.. ye la kene buat laporan baru boleh claim duit yang aku telah
laburkan buat program PES Tournament II.. pada masa yang sama aku siapkan
kertas kerja Media Tour.. nak pelawa senior dan rakan-rakan jadi AJK program
sangat lah susah.. secara jujur majoriti pelajar universiti amat lah pasif..
dengan berbekalkan bilangan minoriti nih lah aku dapat cari AJK program.
Alhamdulillah kertas kerja pun dah siap.. bila
da siap kene dapatkan tanda tangan Pengarah dan Setiausaha.. selepas tu
dapatkan tanda tangan Presiden DPP.. kemudian dapatkan tanda tangan Felo yang
menjadi pemantau biro aku.. kemudian dapatkan tanda tangan dari Pengetua DPP..
bila dah dapat tanda tangan orang-orang penting peringkat DPP nih kene hantar
ke peringkat Hal Ehwal Pelajar (HEP) pula.. di peringkat HEP kene dapatkan
tanda tangan Pengarah HEP.. dan akhir sekali kene dapatkan tanda tangan
Timbalan Naib Chanselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar.. kene dapatkan tanda tangan
TNC sebab kertas kerja Media Tour ada melibatkan penajaan luar.
Tempoh masa nak dapatkan kelulusan kertas
kerja Media Tour nih ambil masa 3 minggu lebih.. biasa la kerenah birokrasi..
dalam masa tempoh untuk dapatkan kelulusan, aku mengorak langkah dengan buat persediaan
antaranya meeting bersama AJK program.. buat pembahagian kerja.. boleh
dikatakan yang boleh buat kerja hanyalah hanya beberapa AJK sahaja.
Pertengahan persediaan..
Kenapa aku bantu kerja-kerja AJK lain
sedangkan aku hanyalah Ex-Officio (pemantau)?.. sebabnya aku mempunyai banyak kelebihan
seperti ada transport, pandai guna photoshop, dan mudah berurusan orang
atasan.. dan lagi aku nih jenis nak cepat so kalau nak cepat aku sendiri yang
buat.. aku tak kesah aku buat kerja AJK lain jika kerja tersebut dapat disiapkan dengan cepat.. sebab kenapa aku nak siapkan kerja-kerja AJK nih secepat yang mungkin, sebabnya komitmen aku bukan takat pada program nih sahaja tapi komitmen pada study peperiksaan pertengahan semester dan lain-lain.
Antara kerja yang aku buat sepanjang
persediaan program Media Tour ini adalah seperti kerja-kerja publisiti.. kerja
publisiti cari peserta dan buat banner.. nak cari peserta tu kene buat hebahan
seperti sebarkan flyers, buat announcement kat page DPP dan speaker umum DPP..
Alhamdulillah dapat peserta seramai 30 orang.. kemudian buat banner.. disebabkan
AJK publisiti tak pandai guna photoshop, maka aku pun design lah banner.. dah design
banner nih kene hantar ke kedai.. seterusnya aku design baju program.. sebanyak
49 helai baju program yang aku tempah.. kenapa jumlah baju lebih banyak
daripada peserta?.. sebabnya untuk AJK, Pengiring Program dan juga ahli JKPS
yang order untuk nak baju sahaja.. itu yang tempah lebih.. dan ambil tempoh
selama 3 minggu untuk disiapkan.
Kemudian kerja-kerja pentadbiran.. terima
kasih kepada Setiausaha kerana buat soft-copy surat-surat penajaan, penginapan,
jemputan, dan lawatan.. kenapa Setiausaha hanya buat soft-copy sahaja?.. sebab
kene print guna letterhead HEP.. nak dapatkan letterhead HEP nih kene ambil kat
HEP dan ia amatlah limited.. sekali ambil letterhead, pihak HEP akan hanya beri
3 helai letterhead sahaja.. Syukur Alhamdulillah, kali ke berapa entah aku
ambil letterhead kat HEP orang HEP bagi lebih kurang 15 helai letterhead..
jadi dapat lah print surat-surat.
Antara tempat lawatan yang aku mohon adalah seperti
Media Prima, Astro, New Straits Times, Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan yang terletak di Kompleks Sultan Abdul Samad.. disebabkan tarikh
lawatan adalah pada hari jumaat.. Media Prima, Astro dan NSTP reject pemohonan
lawatan aku, dimana Media Prima hanya menerima lawatan pada hari selasa dan
khamis, NSTP tidak terima lawatan pada waktu pagi, manakala Astro terima
lawatan pada hari selasa sahaja.. kenapa aku pilih hari jumaat?.. sebab kelas bermula
hari ahad hingga hari khamis, jumaat dan sabtu cuti bagi kami.. Syukur
Alhamdulillah, Kementerian respon surat pemohonan aku dan dia balas surat
dengan mempelawa membuat lawatan di Angkasapuri pada slot petang dalam
tentatif.. jadi slot pagi dalam tentatif masih kosong.. untuk mengisi
kekosongan slot pagi, aku pun mohon lawatan ke Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, UPM.. Syukur Alhamdulillah, pihak UPM juga respon surat pemohonan
aku.
Seterusnya kerja logistik.. AJK logistik buat
survey tempat penginapan dan bas.. Syukur Alhamdulillah, penginapan untuk
tinggal semalaman di Kuala Lumpur ialah menginap di Kolej ke-12 Universiti
Malaya.. pihak kolej mengenakan bayaran rm20 seorang.. berbaloi juga kadar bayarannya
jika nak dibandingkan tinggal di hotel.. kemudian bas, pada awalnya tempah bas
UUM kemudian pihak UUM terpaksa menukar bas kepada bas kitaran universiti iaitu
bas UNIC.. kadar bayaran tempahan bas nih adalah separuh daripada bajet
kelulusan kertas kerja program Media Tour.
Akhir persediaan..
Kerja yang seterusnya ialah dapatkan
penajaan.. nak dapatkan penajaan nih sungguh susah.. aku tengok budak-budak
lain buat program mudah dapatkan penajaan.. tapi dalam kes aku nih aku pun tak
faham kenapa la susah sangat nak dapatkan penajaan.. keadaan makin
merungsingkan lagi bila AJK penajaan tarik diri sebab ada komitmen lain.. dengan
bantuan seorang lagi exco Biro aku.. dia pun bantu dapatkan senarai syarikat
boleh dapatkan penajaan.. aku pun berhubung dengan syarikat penajaan.. ada
syarikat yang tidak dapat memberi penajaan.. dan buat masa sekarang nih masih
ada 2 syarikat yang menjadi option terakhir.. masa hanya tinggal beberapa hari
sahaja dan aku masih tiada penajaan.. 2 syarikat yang menjadi option terakhir
tu suruh berhubung selepas hari Deepavali.. disebabkan masih tiada penajaan..
aku terpaksa guna duit Advance peruntukan daripada pihak DPP.. agak berisiko,
tapi apakan daya ini lah namanya pengorbanan.
Kepada pembaca, mohon doa dari anda untuk kelancaran
program Media Tour yang bermula hari Khamis ini.. Akhir kata.. bila aku luahkan
tekanan mengendali program nih aku berasa sangat lega.. sekurang-kurangnya aku
tak lah naik gila atau hilang kewarasan hanya disebabkan buat program lawatan
nih.
p/s : terima kasih membaca.. moga2 anda sihat
dan murah rezeki selalu.
2 ulasan:
boleh sy tahu mcm mana nk hubngi pihak astro untuk lawatan?
boleh pergi ke laman sesawang ASTRO.. di bawah laman tu ada alamat, telephone, dan fax untuk dihubungi.
Catat Ulasan