Khamis, Mei 19, 2011

tengok wayang bersama syuk dan aina!



bak kata awak, apa yang kita rancang selalu tak menjadi.. yang tak menjadi tu la yang buatkan keadaan tu menjadi lebih perfect.. and yes! i agree with you.. hehehehe.. harinih individu2 yang terlibat ialah aku sendiri, syuk dan aina!.. lokasi terlibat ialah di bandar baru bangi dan alamanda putrajaya.. syuk ajak tengok nur kasih harinih tapi ditukar kepada citer lain iaitu kongsi disebabkan tiker nur kasih SOLD OUT!.. gile exclusive citer tu.. ok nak citer apa yang berlaku pada harinih.. hehehe

pagi2 lagi kol 9 aku da ada event.. iaitu pergi ke sekolah bagi buku makro kat junior.. and then kol 10 something datang ke bukit belacan jemput aina.. date kali nih lain sikit sebab awak pakai baju kurung! dan saya pakai baju kemeja! hehehe.. betul2 nampak lain macam orang dewasa.. perjalanan ke bangi mengambil masa lebih kurang sejam.. first aku ngan aina naik lrt dari ampang, and then sampai ke station chan sow lin tukar aliran ke seri petaling untuk sampai ke station bandar tasik selatan.. and lastly kat station bandar tasik selatan tu plak naik ktm untuk ke bangi dengan turun di station ukm

sampai kat station ukm lebih kurang kol 11.30 camtu.. sesampai je teros call syuk.. malangnya syuk tak respon, sms pon sama.. and then aku sms amir untuk tolong aku contact syuk.. dan dia kata kalau tak respon tu sure tengah tido.. zzz.. so aku ngan aina gi jalan2 dulu.. 1st destinasi ialah jalan2 di padang ukm.. agak lama la sampai kol 1 lepak kat situ.. and then solat zohor kat masjid ukm.. aku still contact syuk tapi masih takde respon.. haihz

jam menunjukkan kol 2 something.. so aku decide nak bawak aina ke taman tasik cempaka!.. aku ngan aina naik teksi ke sana.. im so glad bila tengok kegembiraan terukir di muka aina.. ahahaha.. selama nih aku selalu singgah kat taman tasik cempaka bila datang bangi and cerita kat aina betapa indahnya view kat situ.. so harinih aina tengok dengan mata dia sendiri, dan aina sukakan view kat situ.. hehehe.. pastu tawaf 1 pusingan kat taman tasik cempaka tu.. selepas tawaf tu aku ajak aina makan kat mcd kat situ

kasi bukti sikit~

jam menunjukkan kol 3.30 petang.. plan untuk tengok nur kasih kol 3 da lebur.. aku decide nak balik ke ampang.. on the way nak ke seberang taman tasik cempaka tu tetiba dapat panggilan dari syuk.. sore serba salah.. ahahahaha.. iye la dia memang tido! sampai tak sedar aku call dan sms dia.. isk2.. nih da kali kedua perkara yang sama berlaku kat aku.. 1st masa nak hadir ke majlis perkahwinan kakak esan, aku ngan azamal tak tau ke rumah esan so syuk jadi penunjuk arah.. syuk lambat ambik aku ngan azamal kat tesco kajang disebabkan tido.. haihz syuk2.. apepon sebagai tebus balik kesalahan tu, syuk belanja aku ngan aina tiket wayang.. hehehe

sampai kat alamanda kol 4 camtu.. niat nak tengok citer nur kasih kol 5 petang punya tak kesampaian bila tiket tu da sold out.. so syuk ajak tengok citer kongsi kol 5 petang punya.. masa masih berbaki 40 minit before 5 petang.. so syuk bawak la aku ngan aina jalan2 1 alamanda tu.. and syuk ada puji aina pasal pakaian.. dia kata dia jarang nampak budak2 pompuan kat alamanda pakai baju kurung, kebanyakkannya pakai baju ala2 yuna.. so aina nih agak rare la dengan berpakaian kurung.. hehehe

so rating aku terhadap citer kongsi nih ialah 3/5.. sebab jalan citer dia tah ape2.. just pelakon utama tu ditugaskan untuk kucar kacirkan kumpulan2 kongsi gelap kat kl.. pastu last2 kene tangkap ngan polis.. apepon apa yang buat aku suka citer kongsi nih ialah lawak dan aksi dia.. ahahahaha kelakar gile.. memang 1 panggung gelak la tengok citer kongsi nih.. selepas tengok citer kongsi, syuk teros bawak aku ngan aina ke ktm station ukm lebih kurang sampai kol 7 camtu sebab jalan sesak.. terima kasih syuk belanja tiket wayang dan jadi driver harinih.. hehehe

perjalanan dari ktm station ukm ke ampang mengambil masa agak lama lebih kurang 2 jam gak la.. yang membuatkan perjalanan kali nih lama ialah aku ngan aina terpaksa tunggu train ktm dari seremban.. and yeah! we having a date at there, hehehe.. sebelum kiteorang sampai kat ktm station ukm tu, aku ada sms umi aina pasal aina akan sampai rumah lambat.. and yes! aku dapat tugas dari umi aina iaitu jaga aina dengan baik2 dan balik dengan selamat.. hehehe.. aku ngan aina sampai kat lrt ampang lebih kurang kol 9 lebih camtu.. pastu naik bas ke bukit belacan.. the end


p/s : and again! harinih memang best!

2 ulasan:

nurul aina berkata...

jelousnye
bangga sape jadi aina tuh..hehehehe

Abdul Rahman berkata...

itu la, pandai rahman jaga hati aina.. hehehe