Ahad, Julai 11, 2010

genting di pagi buta


Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia..

secara kiraan relatifnya.. aku masih ada kurang dari 4 bulan sebelum tibanya peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).. peperiksaan nih aku serius katakan sebagai titik tolak bermulanya kehidupan aku kalau nak dibandingkan dengan SPM.. sebab masa SPM dulu aku langsung tak rasa takut nak hadapinya, gagal ke lulus tak kesah.. bila aku ambik STPM nih.. aku rasa betul2 takut nak hadapinya.. mungkin persepsi aku terhadap STPM lebih tinggi daripada SPM.. mungkin2.. kalau korang nak tau lebih lanjut pasal STPM nih klik link kat bawah nih..

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

dalam STPM nih.. aku ambik 1 subjek wajib dan 3 subjek pilihan.. subjek wajib tu ialah Pengajian Am.. dan 3 subjek pilihan tu ialah Ekonomi, Sejarah dan Pengajian Perniagaan.. pada pendapat aku antara 4 subjek nih.. subjek Pengajian Perniagaan lah yang paling susah.. iskk.. susah sebab nak skor.. pemarkahan subjek Pengajian Perniagaan nih leceh sikit.. sebab markah setiap point dalam essei jawapan ialah 1/2 markah sahaja.. pastu plak subjek Pengajian Perniagaan nih banyak guna kemahiran menghafal.. nasib baik la ada sesetengah nota dalam subjek Pengajian Perniagaan ada juga disebut dalam subjek Pengajian Am dan Ekonomi..

sekadar perhiasan blog sahaja.. :D

aku sebenarnya tak sangka gak akan buat pilihan untuk ambik STPM selepas abeh tingkatan 5.. ada gak dapat tawaran diploma.. contohnya aku dapat tawaran kat Polytech Ipoh dan Politeknik Shah Alam.. disebabkan aku dapat course yang aku tak minat.. jadi aku reject.. mungkin aku didorongi oleh rakan2.. mungkin2..

persepsi mula2 masuk tingkatan 6 nih lebih kepada negatif la.. ya la kan.. aku sebelum nih belum didedahkan lagi tentang tingkatan 6.. pastu plak aku lebih banyak dengar perkara2 negatif pasal tingkatan 6 nih dari kengkawan aku.. tapi aku tetap dengan pendirian aku.. belom cuba belom tahu kan.. dan akhirnya.. setelah setahun aku di tingkatan 6.. aku dah nampak perkara positif pasal tingkatan 6 nih dengan lebih jelas!.. buktinya, ramai senior aku dapat masuk ke IPTA.. contohnya UM, UKM, UIA, UPSI, UNIMAP, UTM, UTP dan UITM.. aku rasa lebih bersemangat bila dengar berita baik nih.. ahahahaha..

aku da buat persediaan untuk menghadapi STPM ke belom?.. alhamdulillah.. aku sedang dalam persediaan.. aku da buat analisa bentuk soalan peperiksaan STPM yang sebenar.. buat latihan.. dan sebagainya.. aku harap aku dipermudahkan untuk mengjawab peperiksaan STPM kelak.. amin..


p/s : kepada semua calon STPM 2010.. moh le kita study!!!.

Tiada ulasan: