Vandalisme merupakan satu jenayah yang merosakkan harta benda awam atau individu.. Rahman merupakan satu nama kepada empunya blog ini.. sekian.. Zzz
ok apa yang aku nak citerkan kali nih ialah berkenaan vandalisme di sekolah.. secara umumnya.. bila kita kaitkan vandalisme dengan sekolah kita akan teros fikir pasal pelajar merosakkan harta benda sekolah macam patahkan kerusi, conteng meja, pecahkan tingkap, sekian2.. tapi di sekolah aku.. memang banyak gile aktiviti vandalisme.. vandalisme yang paling ketara aku nampak ialah pelajar merosakkan harta benda pelajar yang lain.. atau lebih terperinci lagi ialah pelajar men'SABOTAJ atau me'ROSAKKAN motosikal pelajar lain.. apakah???..
aku dengan semangatnya membuat rumusan berdasarkan pemerhatian aku dari aku lower six sampai la upper six di SMK Taman Tasik, Ampang berkenaan vandalisme terhadap motosikal pelajar.. dengan amarahnya aku menyatakan.. kenapa asyik2 moto pelajar form 6 je yang kene sabotaj/dirosakkan???.. apsal aku tak dengar langsung kes moto pelajar arus perdana kene sabotaj/dirosakkan???.. serius aku katakan.. dari lower six sampai upper six jenayah vandalisme di sekolah aku berleluasa tanpa ada penyelesaian oleh pihak sekolah.. haih..
ok kronologi.. tahun lepas.. helmet pelajar upper six dan lower 6 kene curik.. alhamdulillah helmet aku tak kene.. yang menghairankan helmet kat moto pelajar arus perdana takde plak hilang.. apakah???.. pastu plak sigh mirror moto pelajar form 6 di'PECAH dan di'CURI oleh pelajar yang tak bertanggungjawab.. apakah???.. dan tahun nih punya.. plug starter moto pelajar form 6 ditanggal dan di'POTONG.. apakah???.. tensi2..
kes vandalisme pelajar terhadap moto aku memang banyak.. yang selalu aku kene ialah tayar moto aku dibocorkan.. pastu helmet aku kene curik.. yang terbaru.. plat dan sisi moto aku pecah!!!.. memang teruk gila!.. agak2 la.. apa ke bangang dorang nih!!!.. haih..
inilah hasilnya.. Zzz
inilah hasilnya.. Zzz
ok la.. aku ada buat beberapa andaian.. diantaranya.. setiap kali badan pengawas buat operasi.. macam gi ke kelas rampas henset, tangkap budak merokok kat tandas, cikgu pengawas rotan pelajar bermasalah, dan sebagainya.. pada hari yang sama badan pengawas buat operasi tu moto aku mesti kene sabotaj.. APAKAH???.. kenapa jadi macam nih?.. sebab aku bekas ketua pengawas sekolah tu.. dan bila ada pelajar yang tak puas hati.. dorang akan kenekan ketua badan pengawas, siapa lagi kalau bukan aku.. perkara nih selalu berlaku pada tahun lepas.. dan ingatkan bila aku letak jawatan ketua pengawas masa bulan januari lepas.. akan takde kes budak sabotaj moto aku.. rupa2nya masih lagi.. adoihh..
aku betul2 terkilan dengan sikap beberapa pelajar sekolah yang tak bertanggungjawab nih.. apa la yang dorang dapat dengan melakukan vandalisme kat sekolah nih.. bajet bagus la tu???.. agak2 la.. bayangkan kalau moto dia sendiri yang kene sabotaj.. mesti panas kan?.. haihzzzzzzzz..
p/s : post berunsur amarah.. harap maklum.
2 ulasan:
abdu :'(
wanin :<
Catat Ulasan