Kejadian berlaku pada pukul 7.40 malam ketika Abdul Rahman b Kamis, 18, dalam perjalanan pulang dari Bukit Indah Supermarket ke rumahnya di Taman Ampang Indah, Selangor.
Saksi kemalangan menyatakan bahawa, kereta Satria Neo di hadapan motosikal Abdul Rahman membrek mengejut dan menyebabkan Abdul Rahman terkejut lalu cuba untuk mengelak. Malangnya, Abdul Rahman tidak dapat mengelak dengan sempurna dari berlanggar dengan kereta di hadapannya lalu menyebabkan Abdul Rahman terpelanting ke bahu jalan.
"Saya membrek mengejut kereta saya kerana ingin mengelak dari berlanggar dengan kucing yang sedang melintas di hadapan saya" katanya pemandu Satria Neo tersebut. Tindakan pemandu tersebut dikatakan mulia sekali kerana tidak ingin melanggar kucing yang comel itu.
Difahamkan motosikal Abdul Rahman mengalami kerosakan sedikit di bahagian pedal brek belakang dan juga lampu depannya. Manakala kerosakan pada kereta Satria Neo hanyalah calar sedikit di bahagian bumper belakang.
Kes dikelasifikasikan sebagai tidak sengaja, dan tiada tindakan yang diambil oleh penunggang motosikal tersebut.
Beliau menasihati orang ramai khususnya penunggang motosikal supaya tidak memandu secara laju pada waktu malam, dan juga menjauhkan jarak kenderaan dengan kenderaan di hadapan untuk memudahkan pemandu untuk mengelak dari bahana kemalangan.
Di laporkan oleh :-
Abdul Rahman b Kamis
p/s : nih la akibatnya kalau bawak moto waktu malam dalam keadaan mata rabun.. :(
2 ulasan:
ya allah man,lain kali bwk le elok2
mesti berangan ni
mana ada berangan..
biasa la nad..
orang rabun mata sedang menunggang motosikal pada waktu malam..
huhuhu
Catat Ulasan