Sukatan pembelajaran sejarah diajar oleh 2 guru, dikeranakan sejarah dipecahkan kepada 2 iaitu kertas 1 dan kertas 2. Hari nih aku belajar sejarah kertas 1, ada 2 bahagian iaitu bahagian A tamadun dunia manakala bahagian B tamadun islam. Kertas 1 ialah essei dan isinya berdasarkan fakta-fakta sejarah di dunia nih. Uniknya sejarah STPM ini ialah mempunyai pilihan tema, diberikan 7 soalan bagi setiap tema-tema, dan kita hanya diwajibkan untuk menjawab 2 sahaja, tuntasnya,semasa belajar dikelas kita hanya perlu menghafal 5 tema, dan diantara 5 tema itu hanya 2 sahaja tema masuk kedalam ujian nanti.
Sejarah kali ini lebih mendalam faktanya, nota-nota perlu dicarik di sumber-sumber internet atau buku-buku ilmiah, kalau nak senang citer, beli lah buku rujukannya di mana-mana kedai buku. Lower form 6 tahun ini akan belajar 5 tema di antara 7 tema yang seadanya di buku rujukan. Kertas 1 essei, jadi seperti dimaklumkan, perlu fakta yang tepat dan bukti-bukti isi, dengan ini essei kita akan lebih relevan.
p /s : hari nih dapat moto!... yeah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan