Kertas 2 bahagian A essei menulis karangan berformatkan politik,ekonomi,sosial,sejarah, dan sebagainya berkenaan dengan isu semasa di negara ini dan bahagian B pula essei menulis karangan berformatkan geografi,biologi,sejarah, dan sebagainya berkenaan dengan subjek-subjek yang kita pernah belajar sebelum ini.
Format essei kertas 2 bahagian A dan B adalah karangan panjangnya di antara 280 hingga 350. Cara permarkahannya pula berlainan dari format essei spm, bahagian pendahuluan tiada markah diberikan, hanya diberikan markah pada bahagian isi sahaja. Untuk memenuhi markah penuh bahagian A dan B, karangan mestilah mempunya isi (fakta), huraian, dan contoh. Ayat kritis, tepat, dan jitu adalah perlu berdasarkan isi (fakta). Isi (fakta) diperlukan sekurang-kurangnya 5 atau lebih, dikeranakan 1 markah akan diberikan pada setiap isi, huraian, kesan, dan contoh. Markah selebihnya diberikan pada penggunaan ayat, tatabahasa, dan pemahaman.
p /s : xsangka, karangan un dah rumit macam nih, dah la isi karangan berdasarkan fakta isu semasa... wat the.. :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan