Selasa, November 13, 2012

Tekanan itu satu Nikmat


Tekanan semakin terasa..

Bismillahirrohmanirrohim.. Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Illahi kerana dikurniakan kesihatan badan yang sihat dan akal yang cergas.. Syukur ke atas nikmat yang telah dikurniakan.. Syukur ke atas kelebihan dan kesenangan yang telah dikurniakan.. Syukur ke atas segala-galanya.

Ingin aku lepaskan tekanan dalam diri ini dengan mencanting ayat di blog ini.. tekanan yang dimaksudkan ialah tekanan mengendali program iaitu Media Tour yang akan dilaksanakan pada 15 November 2012 ini.. berkenaan dengan tekanan study tidak ketara sangat kerana Syukur Alhamdulillah cerapan ilmu ke dalam diri mudah diterima.. berkenaan dengan assignment dan peperiksaan pertengahan semester sudah pun lepas.


Berbalik kepada tekanan yang aku hadapi sekarang ini iaitu tekanan mengendali program.. aku sebagai Ex-Officio boleh dikatakan hampir semua kerja aku buat.. dari segi pentadbiran sehingga lah publisiti.. ia seperti ada naik turun tekanan yang aku alami sepanjang persiapan untuk melaksanakan program Media Tour ini.. sebelum aku menceritakan tekanan aku nih.. molek kiranya aku ceritakan serba sedikit latar belakang program aku nih.


Media Tour merupakan salah satu Almanak (perancangan) program dibawah Biro Informasi dan Penerbitan iaitu biro aku dengan menggunakan tiket badan kepimpinan kolej iaitu JawatanKuasa Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Rakyat.. Media Tour ini merupakan program lawatan ke badan-badan media elektronik dan cetak di sekitar Kuala Lumpur.. nampak simple je kan program ini.. program lawatan je pun apa la sangat.. memang itu la persepsi orang yang tidak tahu prosiding perlaksanaan program lawatan.

Awal persediaan..

Serius aku katakan aku langsung tiada pengalaman kendali program lawatan.. jadi aku bermula dengan kosong.. dengan berbekalkan pengalaman menjadi peserta program lawatan.. aku aplikasikan perjalanan program lawatan tersebut dalam membuat persiapan program lawatan aku nih.. pada awal persiapan seperti biasa apa-apa program universiti perlu buat kertas kerja terlebih dahulu.. Alhamdulillah aku tiada masalah nak buat kertas kerja sebab format sudah pun diberi.. yang menjadi masalah ialah mencari AJK program, persetujuan bajet program, pemilihan tarikh program, dan mencari peserta.

Aku mula buat persediaan program nih bermula pada tarikh 6 Oktober 2012 iaitu sehari selepas program ke-3 aku dalam tahun nih iaitu program PES Tournament II.. waktu tu hal program PES Tournament II tu belum setel lagi.. ye la kene buat laporan baru boleh claim duit yang aku telah laburkan buat program PES Tournament II.. pada masa yang sama aku siapkan kertas kerja Media Tour.. nak pelawa senior dan rakan-rakan jadi AJK program sangat lah susah.. secara jujur majoriti pelajar universiti amat lah pasif.. dengan berbekalkan bilangan minoriti nih lah aku dapat cari AJK program.

Alhamdulillah kertas kerja pun dah siap.. bila da siap kene dapatkan tanda tangan Pengarah dan Setiausaha.. selepas tu dapatkan tanda tangan Presiden DPP.. kemudian dapatkan tanda tangan Felo yang menjadi pemantau biro aku.. kemudian dapatkan tanda tangan dari Pengetua DPP.. bila dah dapat tanda tangan orang-orang penting peringkat DPP nih kene hantar ke peringkat Hal Ehwal Pelajar (HEP) pula.. di peringkat HEP kene dapatkan tanda tangan Pengarah HEP.. dan akhir sekali kene dapatkan tanda tangan Timbalan Naib Chanselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar.. kene dapatkan tanda tangan TNC sebab kertas kerja Media Tour ada melibatkan penajaan luar.

Tempoh masa nak dapatkan kelulusan kertas kerja Media Tour nih ambil masa 3 minggu lebih.. biasa la kerenah birokrasi.. dalam masa tempoh untuk dapatkan kelulusan, aku mengorak langkah dengan buat persediaan antaranya meeting bersama AJK program.. buat pembahagian kerja.. boleh dikatakan yang boleh buat kerja hanyalah hanya beberapa AJK sahaja.

Pertengahan persediaan..

Kenapa aku bantu kerja-kerja AJK lain sedangkan aku hanyalah Ex-Officio (pemantau)?.. sebabnya aku mempunyai banyak kelebihan seperti ada transport, pandai guna photoshop, dan mudah berurusan orang atasan.. dan lagi aku nih jenis nak cepat so kalau nak cepat aku sendiri yang buat.. aku tak kesah aku buat kerja AJK lain jika kerja tersebut dapat disiapkan dengan cepat.. sebab kenapa aku nak siapkan kerja-kerja AJK nih secepat yang mungkin, sebabnya komitmen aku bukan takat pada program nih sahaja tapi komitmen pada study peperiksaan pertengahan semester dan lain-lain.

Antara kerja yang aku buat sepanjang persediaan program Media Tour ini adalah seperti kerja-kerja publisiti.. kerja publisiti cari peserta dan buat banner.. nak cari peserta tu kene buat hebahan seperti sebarkan flyers, buat announcement kat page DPP dan speaker umum DPP.. Alhamdulillah dapat peserta seramai 30 orang.. kemudian buat banner.. disebabkan AJK publisiti tak pandai guna photoshop, maka aku pun design lah banner.. dah design banner nih kene hantar ke kedai.. seterusnya aku design baju program.. sebanyak 49 helai baju program yang aku tempah.. kenapa jumlah baju lebih banyak daripada peserta?.. sebabnya untuk AJK, Pengiring Program dan juga ahli JKPS yang order untuk nak baju sahaja.. itu yang tempah lebih.. dan ambil tempoh selama 3 minggu untuk disiapkan.


Kemudian kerja-kerja pentadbiran.. terima kasih kepada Setiausaha kerana buat soft-copy surat-surat penajaan, penginapan, jemputan, dan lawatan.. kenapa Setiausaha hanya buat soft-copy sahaja?.. sebab kene print guna letterhead HEP.. nak dapatkan letterhead HEP nih kene ambil kat HEP dan ia amatlah limited.. sekali ambil letterhead, pihak HEP akan hanya beri 3 helai letterhead sahaja.. Syukur Alhamdulillah, kali ke berapa entah aku ambil letterhead kat HEP orang HEP bagi lebih kurang 15 helai letterhead.. jadi dapat lah print surat-surat.

Antara tempat lawatan yang aku mohon adalah seperti Media Prima, Astro, New Straits Times, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang terletak di Kompleks Sultan Abdul Samad.. disebabkan tarikh lawatan adalah pada hari jumaat.. Media Prima, Astro dan NSTP reject pemohonan lawatan aku, dimana Media Prima hanya menerima lawatan pada hari selasa dan khamis, NSTP tidak terima lawatan pada waktu pagi, manakala Astro terima lawatan pada hari selasa sahaja.. kenapa aku pilih hari jumaat?.. sebab kelas bermula hari ahad hingga hari khamis, jumaat dan sabtu cuti bagi kami.. Syukur Alhamdulillah, Kementerian respon surat pemohonan aku dan dia balas surat dengan mempelawa membuat lawatan di Angkasapuri pada slot petang dalam tentatif.. jadi slot pagi dalam tentatif masih kosong.. untuk mengisi kekosongan slot pagi, aku pun mohon lawatan ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.. Syukur Alhamdulillah, pihak UPM juga respon surat pemohonan aku.

Seterusnya kerja logistik.. AJK logistik buat survey tempat penginapan dan bas.. Syukur Alhamdulillah, penginapan untuk tinggal semalaman di Kuala Lumpur ialah menginap di Kolej ke-12 Universiti Malaya.. pihak kolej mengenakan bayaran rm20 seorang.. berbaloi juga kadar bayarannya jika nak dibandingkan tinggal di hotel.. kemudian bas, pada awalnya tempah bas UUM kemudian pihak UUM terpaksa menukar bas kepada bas kitaran universiti iaitu bas UNIC.. kadar bayaran tempahan bas nih adalah separuh daripada bajet kelulusan kertas kerja program Media Tour.

Akhir persediaan..

Kerja yang seterusnya ialah dapatkan penajaan.. nak dapatkan penajaan nih sungguh susah.. aku tengok budak-budak lain buat program mudah dapatkan penajaan.. tapi dalam kes aku nih aku pun tak faham kenapa la susah sangat nak dapatkan penajaan.. keadaan makin merungsingkan lagi bila AJK penajaan tarik diri sebab ada komitmen lain.. dengan bantuan seorang lagi exco Biro aku.. dia pun bantu dapatkan senarai syarikat boleh dapatkan penajaan.. aku pun berhubung dengan syarikat penajaan.. ada syarikat yang tidak dapat memberi penajaan.. dan buat masa sekarang nih masih ada 2 syarikat yang menjadi option terakhir.. masa hanya tinggal beberapa hari sahaja dan aku masih tiada penajaan.. 2 syarikat yang menjadi option terakhir tu suruh berhubung selepas hari Deepavali.. disebabkan masih tiada penajaan.. aku terpaksa guna duit Advance peruntukan daripada pihak DPP.. agak berisiko, tapi apakan daya ini lah namanya pengorbanan.

Kepada pembaca, mohon doa dari anda untuk kelancaran program Media Tour yang bermula hari Khamis ini.. Akhir kata.. bila aku luahkan tekanan mengendali program nih aku berasa sangat lega.. sekurang-kurangnya aku tak lah naik gila atau hilang kewarasan hanya disebabkan buat program lawatan nih.

p/s : terima kasih membaca.. moga2 anda sihat dan murah rezeki selalu.

2 ulasan:

anis nabila Salim berkata...

boleh sy tahu mcm mana nk hubngi pihak astro untuk lawatan?

Abdul Rahman berkata...

boleh pergi ke laman sesawang ASTRO.. di bawah laman tu ada alamat, telephone, dan fax untuk dihubungi.