Khamis, Oktober 13, 2011

post pertama sejak masuk uum


Assalamualaikum, dan salam sejahtera..

untuk sekian lama aku tak update blog.. agak kesibukan dok kat uum nih.. entah nape le tetibe ada semangat nak post sesuatu kat blog pada pagi yang hening nih.. tanpa membuang masa lagi moh teman citer pasal uum nih serba sedikit..

uum atau nama fenohnya universiti utara malaysia merupakan universiti yang bermatlamatkan universiti pengurusan.. da nama pon utara so kedudukan lokasinye pon nun ke utara bersebelahan dengan bukit kayu itam iaitu sintok.. huwaaaa jauh gilos dari ampang lebih kurang 500km.. zzz..

saje je interframe segala bagai atas meja study nih..

aku nak citer pasal pengalaman syiokk aku dok kat uum nih selama sebulan.. syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat illahi atas izinnya aku dapat menaip dan mengepost sesuatu dalam blog peribadi ini.. internet kat uum kelas gitu, kat dalam kampus wifi download rate dia 60kbps (sama speed ngan wifi umah).. kalau kat asrama teramat la slow, maksimum wifi download rate dia tak sampai 5kbps.. iskk..


time nak access internet~

apa aku sedar dok kat sini.. aku temui ketenangan yang sesangat la syiok sendiri.. dok kat uum nih betol2 terceruk daripada kemodenan.. dah la jauh dari bandar.. pekan lagi la 10km daripada kampus.. lagi2 aku dok kat asrama luar kampus lagi la bertambah jauhnye iaitu dok kat asrama bukit kachi.. udara kat sini fresh, rasa dok kat genting highland gak la kekadang bangun pagi tu..

makanan pon murah, nasi rm5 kat kl bleh dapat rm3 jek.. haihz kos hidup kat sini amatlah rendah sekali.. pastu kemudahan sume lengkap.. kat kampus sahaja ada V-Mall, atu kat bukit kachi plak ada Kachi-Mall.. kalau citer pasal hiburan kene la gi pekan changloon nun jauh 10km dari kampus, kalau ada moto ada la life sikit.. takpe2 tunggu sem depan insya'allah aku bawak moto ke uum..

lanskap uum memang tenang gile.. banyak pokok2.. kalau berdiri kat dataran chanselor tu rasa macam kat luar negara pon ada mebi sebab ada banyak pokok pain.. sepanjang jalan dalam kampus banyak pokok kekadang rasa macam lalu kat damansara pon ada.. keadaan dalam kampus rasa betol2 macam kat tempat lain.. maleh aku nak tunjuk gambo kampus uum, sintok kat sini.. nak tengok camner rupe dia sila google sendiri..

boleh tahan gak la jumlah sticky notes, mebi sem depan lagi parah!

kat uum nih banyak kemudahan sukan contohnya ekuin, gokart, golf, padang memanah, berbasikal, kolam renang, ahhhh sume tu dalam kampus.. sibi tol aku dok kat luar kampus sampai skang niat nak daftar naik beskal pusing2 satu kampus tak jadi jadi lagi.. haihz.. tapi kat asrama pon ok gak la.. macam kat dpp (asrama) aku nih ada gelanggang skuash, futsal, takraw, badminton, tennis dan padang bola..

ha kat sini aku jumpa ramai kawan2 dan senior2 yang terbaekk.. dan dpp aku iaitu dpp bank rakyat boleh dibanggakan sebab disini la tempat penginapan YDP MPP UUM.. nama ydp abam amir, sorry eh tak sama ngan abamir dok kat bangi tu.. ydp nih kira ikon gak la.. bila student tembung dia je mesti nak salam sampai cium tangan ambik berkat la katakan.. ceh ceh aku tipu je bab cium tangan tu.. hue3..

slek kat uum nih takde kedai gunting rambot!

sekarang nih aku aktif banyak gak la.. antaranya aktif dalam biro abam shazwi dan biro abam alip.. 2 biro ha aku join.. pastu join lagi kelab sahabat masjid.. tu la gatal sangat nak aktif kan da sibuk memanjang.. hmm takpe aku terima nih sebagai cabaran untuk belajar hidup kat uum nih.. kalau tak aktif takleh apply sticker kenderaan.. haihz.. banyak tol syarat.. ha nak stay kat dpp pon kene aktif kalau tak kene float tendang hantar dok kat dpp lain ha.. still dok kat asrama.. hue3..

berkat wifi yang fluctuate nih bleh la webcam ngan aina, he3

waktu nak gi kuliah.. sume kelas aku kelas kat dewan kuliah je takde bilik tutorial atau seangkatan dengannya.. first time feel dok kat dewan kuliah rasa macam, betol ke aku student universiti nih.. ahahaha.. kat uum nih ada 6 dewan kuliah yang dipanggil sebagai dkg stand for dewan kuliah gugusan.. dewan kuliah yang paling besar tak silap aku dkg 3 yang boleh memuatkan seramai 500 orang dalam satu satu masa.. tapi kawan aku citer dkg 5/1 lagi besar sebab ada 2 tingkat.. zzz.. apepon setiap dkg ada lebih kurang 10 dewan kuliah.. tak silap aku dkg 6 paling banyak sampai dkg 6/60.. tapi rasanya selepas dkg 6/10 da jadi bilik biase kot.. haa endahkan..

ha dok kat universiti nih kita boleh arrange jadual kelas sendiri.. cam aku sem 1 just terima je la jadual dia bagi.. pastu aku rajin gi add satu subjek lagi kat dalam jadual iaitu kenegaraan kalau tak add memang kelas aku waktu pagi je la, petang membongkang.. ahahaha.. apa aku perasan kelas group A mesti belajar dalam bahasa inggeris sebab ada foreigner student.. antara kelas aku group A ialah TITAS dan Principle of Economics.. 2 subjek nih belajar dalam bahasa inggeris.. hmm rasanye sem depan kalau nak ambik subjek makro dan mikro better aku ambik group yang belajar dalam bm senang sikit nak skor..

assignment kenegaraan da siap seminggu lebih awal! yey!

dalam satu bulan dok kat uum nih da banyak aktiviti aku join tapi tak berkesempatan nak ambik gambar.. dan diantara aktiviti yang aku join adalah orentasi, kem ibadah, join aktiviti ecosa stand for Economic Student Associate dan macam2 lagi la.. duit ptptn da masuk.. rasa nak beli kamera untuk buat ambik gambar sepanjang belajar kat uum nih.. rasanye tu je la aku nak citer.. insya'allah kalau aku rajin menaip lagi ade la post2 yang baru akan muncul.. hehehe


p/s : 26hb nih balik ampang, yey!

3 ulasan:

nurul aina berkata...

busynye!! awak jangan lupe kat aina tau

Abdul Rahman berkata...

ofcourse! baikk ='>

Zu berkata...

Haha. Agak2 ler tengok ada gambar maggie tu. Errrr. =.="