Rabu, Jun 16, 2010

nikmatnya ada perasaan


pada pendapat aku, perasaan ialah emosi yang ditujukan kepada diri sendiri.. emosi yang bermacam-macam.. dari suka hinggalah amarah.. ia dialami oleh diri kita sendiri tanpa disedari oleh orang lain..


dalam kes aku.. aku lebih suka menghayati perasaan yang wujud dalam diri aku nih.. atau kata mudah, aku menikmatinya.. kekadang aku merasai perasaan suka, rindu, dengki, marah, terkilan dan bermacam-macam lagi..

aku lebih suka memendamkan perasaan nih daripada meluahkannya.. tetapi apabila aku tak dapat nak mengawal lagi perasaan, aku akan luahkannya.. entah kenapa, memang aku rasa nak luahkan perasaan tu dalam bentuk perbuatan atau kelakuan.. dengan ini aku tidak rasa terbeban dengan perasaan..

dalam kehidupan harian kita.. kita susah hendak mengenalpasti apa perasaan yang sedang dialami oleh orang di sekeliling kita.. apabila kawan kita gelak ketawa, kita boleh andaikan yang kawan kita tersebut sedang ada perasaan gembira atau riang.. tapi sejauh manakah kebenaran itu?.. mungkin juga dia ingin menyimpan suatu perasaan dengan menunjukkan kelakuan yang berlawanan dengan perasaan itu..

apepon bersyukurlah kita ada perasaan nih jika nak dibandingkan dengan haiwan.. haiwan menjalani kehidupan di alam dunia ini dengan berpandukan naluri sahaja.. apabila rasa nak makan, maka ia akan cari makanan.. apabila rasa nak tido, maka ia akan melelapkan matanya..

sehingga sekarang.. aku masih tak berupaya nak menganalisa perasaan dengan tepat.. sungguh susah.. jika ada formula kiraan angka untuk mengenalpasti perasaan.. maka mudah la kehidupan ini.. kan bagus begitu?.


p/s : saya suka awak..
(apakah perasaan yang korang dapat kenalpasti bila aku kata begini?)

2 ulasan:

Vamp Mary berkata...

ahhh mata Abdul Rahman macam mata nua zain ahh. awwww <3 ;))

Abdul Rahman berkata...

ahahahaha.. ke situ plak.. boleh la.. awww!~ ;D