kadang2 aku rasa aku berada di alam illusi diri aku sendiri yang hanya membuang masa aku sahaja.. masa yang sebelum ini aku anggap sungguh berharga kian tidak lagi.. apakah???.. baiklah aku da faham yang aku terlalu ikutkan perasaan sahaja sehinggakan perkara utama yang sepatutnya yang aku buat dahulu telah tertangguh.. haih..
kadang2 aku perlu mengorbankan sesuatu yang aku amat takut untuk lepaskan bagi mendapatkan sesuatu yang lain.. btw, konsep ini tidak sama dengan pertukaran sama nilai dalam komik fullmatel alchemist.. ahahahaha.. sebab apa, apabila aku mengorbankan sesuatu yang kecil, aku mendapat pulangan yang amat besar di kemudian hari.. dan begitu juga sebaliknya..
kadang2 perkara kecil juga aku anggap sebagai perkara yang besar.. ermm.. mungkin aku terlalu banyak fikir akan perkara kecil tersebut sehingga aku telah merumitkan diri aku untuk mengenalpasti dan kemudiannya menyelesaikannya.. bak kata esan, think out of the box.. rasanya aku faham..
kadang2 orang di sekeliling kita tidak faham apa yang kita fikirkan dan kita rasakan.. sehinggakan wujud salah faham.. jadi tidak hairan lah wujud pelbagai masalah yang timbul.. perkara yang aku boleh lakukan untuk mengelak perkara ini berlaku ialah terus mendiamkan diri.. dan terus melakukan pemerhatian dan kemudiannya cuba menyelitkan diri aku dalam kalangan mereka..
kadang2 aku suka membuat spekulasi atau kebarangkalian akan masa depan aku.. kalau aku boleh menjangkakan diri aku menjadi seorang yang lebih baik dari sekarang ini.. maka aku perlu buat perubahan yang drastik pada diri aku.. sama la seperti apa yang aku da buat pada diri aku waktu akhir tahun tingkatan 4 dahulu.. lihatlah hasilnya sekarang.. ahahahhaha.. begitu juga sebaliknya..
kadang2 kekuatan mental lebih hebat berbanding kekuatan fizikal diri aku.. walaupun kekuatan fizikal adalah pelaksana yang konkrit boleh dilakukan untuk mencapai sesuatu.. tapi aku perlu berfikir dan menganalisa untuk mencapai sesuatu.. ia seperti kita mentafsir suatu perlakuan seseorang tanpa bertemu dengannya..
apepon.. aku adalah aku.. dan engkau adalah engkau.. kalau aku adalah engkau.. maka aku tidak punya identiti yang hanya meniru diri orang lain sahaja.. terima lah kelebihan dan kekurangan diri aku.. dan begitu juga aku menerima kelebihan dan kekurangan diri engkau.. maka tidak wujudlah salah faham diantara kita.. sekian.
p/s : post kali nih berunsur sentimental.. iskkk..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan