kekadang kita merungut pada benda/perkara yang kita perolehi.. mungkin masa kecil dahulu kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibubapa kita.. masa kecil dahulu apa yang kita minta semua dapat.. biasa la anak kesayangan la katakan..
apabila kita meningkat dewasa.. kita selalu merungut kekurangan yang kita ada.. sedarlah kita bahawa ada orang lain tidak ada apa yang kita ada.. dan mereka tidak merungut dengan apa yang mereka perolehi.. bahkan mereka lebih bersyukur jika mereka memperolehinya..
dan aku mula terfikir sejenak.. bagaimana mereka boleh berjaya dalam hidup sedangkan mereka tidak sempurna keperluan dan kehendak dirinya.. dan ya.. jawapannya ialah kerja keras dan usaha gigih.. mereka tidak letak kekurangan yang mereka ada itu sebagai dinding penghalang untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka..
maka.. aku yang cukup sempurna keperluan dan kehendak ini seharusnya bersyukur dengan apa yang aku ada.. sepatutnya aku guna kelebihan ini untuk mempermudahkan diri aku untuk mencapai kejayaan.. dan ya.. jurang tahap ketercapaian kejayaan itu boleh diukur bandingnya dengan mereka yang tidak sempurna keperluan dan kehendak.. di mana.. aku hanya perlukan kerja keras dan usaha gigih pada kadar yang sedikit sahaja untuk mencapai kejayaan yang aku ingini..
aku tefikir.. adakah kita minta untuk lahir dalam kehidupan ini?.. adakah kita minta untuk hidup dalam kehidupan ini?.. dan adakah kita minta untuk menghadapi dalam hidup ini?.. jika kita dilahirkan dalam keluarga yang senang.. bersyukurlah kita.. jika kita dilahirkan dalam keluarga yang susah.. bersyukur dan terima dengan hati yang rela.. insya'allah ada hikmah disebalik kelahiran kita di alam ini.

p/s : luahan hati si nukilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan