Selasa minggu lepas bertarikh 28 julai 2009.. pelajar lower Pra-U SMK Taman Tasik menyertai program sukarelawan di Zoo Negara.. kelas-kelas lower Pra-U yang mengikuti program sukarelawan nih ialah kelas L6ss1,L6ss2, dan L6ss3.. seperti yang diwajibkan oleh guru-guru penasihat Pra-U, kami diwajibkan untuk menyertai apa-apa sahaja jenis program yang membolehkan aktif dalam kokokurikum sekolah.. memang banyak manfaat arr masuk form 6 aka Pra-U nih.. ahahahaha..
Pada hari selasa tu.. pelajar-pelajar yang mengikuti program sukarelawan bersedia di tapak perhimpunan pada pukul 7.20 pagi.. makan-minum semua dah setel.. Cikgu Siti Hajjah turut serta untuk memerhatikan setiap aktiviti yang akan kami lakukan di Zoo Negara tersebut.. kami bertolak ke Zoo Negara pada pukul 7.30 pagi.. walaupon bas tak seberapa indah yang disangkakan.. sepanjang perjalanan memang gamat habis arr kat dalam bas tu.. saper yang duduk kat belakang memang havoc.. menyanyi dan buat bising!.. ahahahahah.. dan juga.. saper yang duduk kat belakang.. dapat sedikit insentif.. hehehe.. dapat makan nugget yang dibawak oleh pelajar kelas L6ss3..
kami tiba di Zoo Negara pada pukul 8.35 pagi.. agak terlewat sedikit dari yang dijadualkan.. dimana kami semua diminta hadir pada pukul 8.30 pagi untuk pendaftaran.. tapi alhamdulillah pihak pengurusan Zoo Negara tidak kisah akan kelewatan nih.. hehehe.. sejurus tiba di Zoo Negara.. kami semua telah dibahagikan kepada 4 kumpulan.. setiap kumpulan ada 10 orang.. tetapi kumpulan aku hanya ada 4 lelaki dan 5 perempuan.. kumpulan aku ada Kudin, Appa, Amin Toha, Hafizah, Azmira, Aini, Ain, dan Jia En.. kiteorang ditugaskan ke stesen kandang Ziraffa dan Burung Unta.. ahahahahah.. best dapat kumpulan dengan derang semua nih.. hehehe..
Tiba di stesen tu.. kiteorang dipecahkan kepada 2 tugasan.. Aku, Appa, Kudin, dan Amin Toha buat kerja menceduk tanah ke jentera.. Hafizah, Azmira, Aini, Ain, dan Jia En buat kerja membersih kat bahagian kandang Ziraffa.. besar ouh kandang Ziraffa.. kesian derang tu.. ahahahaha.. selepas kiteorang habis buat kerja.. pada pukul 11.30 pagi.. kumpulan aku pergi rehat dengan kumpulan yang lain di tempat berkumpul pada awal pagi tadi.. habis rehat.. kiteorang balik ke stesen.. tanah yang kiteorang ceduk ke jentera tu.. dibawa ke tempat pameran binatang Ziraffa dan Burung Unta.. untuk dipunggahkan ke tempat tersebut.. kalau korang bersemuka dengan Ziraffa.. masya'allah.. besar gile.. untung Appa dapat sentuh kepala Ziraffa waktu Ziraffa tu tundukkan kepalanya ke bawah..
p/s : pasnih kiteorang pergi lagi ke Zoo Negara untuk tugas sukarelawan.. kami diwajibkan untuk hadir sebanyak 4 kali.. barulah boleh dapat sijil Sukarelawan dari pihak Zoo Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan