alhamdulillah.. seperti yang dipelawakan oleh cikgu Azma iaitu cikgu PBSM petang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, dia meminta aku hadir ke sekolah untuk jadi Cikgu Pertolongan Cemas... alhamdulillah pagi tadi kol 9 sampai kol 10.45 pagi, aku ajar dak2 PBSM petang pasal Pertolongan Cemas...

Pagi tadi aku tiba di sekolah pukul 9 pagi.. kat sekolah kosas hari nih.. ada training kawad dak2 Bomba.. pastu aku teros melulu ke kanteen.. kat kanteen ada la beberapa budak PBSM belah petang.. cikgu Azma dan cikgu Zulaifa.. derang dua nih cikgu PBSM belah petang.. alhamdulillah bilangan dak2 PBSM petang harinih ramai hadir.. dak2 perempuan la ramai.. budak lelaki xsilap aku yang hadir hanya 5 orang sahaja.. adeh lelaki PBSM sekolah skang da pupus.. kat kanteen.. aku mulakan pengajaran aku pasal PC dan matlamatnya.. kat kanteen gak aku ajar cara ikatan Buku Sila dengan menggunakan Kain Anduh..
pastu cikgu Azma mintak aku ajar kat dalam kelas plak.. semua dak2 PBSM dan aku gi kelas tingkat bawah kat blok D.. masa dalam kelas tu.. aku ajar pasal patah tulang.. dan penggunaan Kain Anduh.. pagi tadi aku ajar demo Kain Anduh.. camner balutan Kain Anduh bila lengan patah, kecederaan tapak tangan, kecederaan tapak kaki, kecederaan lutut, dan kecederaan di bahagian kepala.. alhamdulillah semua dak2 PBSM dengar cakap aku.. kelas tamat kol 10.45 pagi.. lama tol aku ajar.. :D
p/s : pasnih mebi aku ajar PBSM lagi.. kali nih pasal kawad PBSM.. :D
2 ulasan:
woooo~~
gler laaaa
man jd cikgu~~
kalau trah mati amn boleh hidupkan semula x??:p
iskk trah nih..
ehh da lama komen rupanya.. :">
Catat Ulasan