Isnin, Jun 22, 2009

Biro Tatanegara di Kem Mega Crystal

pada jumaat lepas lembaga pengawas sekolah mempelawa pengawas dan bakal pengawas pergi ke Biro Tatanegara iaitu kem motivasi dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri... kem motivasi ni dianjurkan untuk sekolah cluster,mrsm,universiti,penjawat awam, dan mereka2 yang terbabit... sekolah menengah Taman Tasik dan Pandan Mewah telah diberi peluang untuk mengikuti kem motivasi ni... motif kem motivasi ni ialah untuk melahirkan insan yang bersifat pemimpin.
hari pertama...
kiteorang tiba di Kem Mega Crystal, Kuala Selangor pada pukul 1 petang jumaat tersebut.. peserta perempuan lebih ramai dari lelaki.. iskk.. sejurus tiba di kem tersebut.. peserta lelaki teros ke masjid yang berdekatan untuk solat jumaat.. manakala peserta perempuan solat zohor kat surau di kem.. selepas habis solat.. peserta lelaki dan perempuan terus ke dewan kem untuk diberi taklimat.. kiteorang dibahagikan kepada 8 kumpulan berdasarkan campuran 3 kaum dan berselang-seli pelajar sekolah menengah Taman Tasik dan Pandan Mewah.. selepas waktu isya.. ada aktiviti berkumpulan dan pemilihan ketua penghulu dan sub2nya.. dan juga ada aktiviti pembentangan tepukan semangat,nama kumpulan, dan logo kumpulan.
hari kedua...
pada pukul 7 pagi.. ada majlis pembukaan kursus cara ketenteraan di tapak perhimpunan.. nyanyian menaikkan bendera dan kawad kaki.. selepas majlis pembukaan selesai ada aktiviti bersenam.. selepas makan pagi.. ada ceramah tentang kenegaraan dan memperkenalkan fasilitator.. sekali lagi.. kumpulan telah dipecah dari 8 kumpulan kepada 6 kumpulan.. setiap kumpulan ada fasilitator.. pada belah petang pula.. semua peserta dibawa kembara ke bukit Malawati.. kami diberi pendedahan tentang kesan2 tapak peninggalan sejarah di bukit Malawati tersebut.. pada belah malam.. fasilitator setiap kumpulan membawa ahli2 kumpulan ke setiap bilik.. disitu, ahli kumpulan perlu menceritakan tentang biodata diri dan luahan hati kepada fasilitator.
hari ketiga...
aktiviti pada bahagian pagi ialah bersama fasilitator.. fasilitator memberi permainan yang membawa kepada cara pembelajaran.. pada belah petang pula.. ada aktiviti lasak.. setiap kumpulan perlu melaksanakan 6 aktiviti.. setiap aktiviti mempunyai gaya dan cara tersendiri.. aktiviti pada waktu malam pula ialah setiap kumpulan perlu membentangkan tentang strategi menyelamat.. diberi 13 tebusan penting dan 1 peta.. kami dihendaki untuk menyelamatkan 4 orang penting dan membentangkan strategi untuk menyelamatkan mereka dalam peta tersebut.
hari terakhir...
pada pagi tersebut.. ada majlis penutupan kursus secara ketenteraan di tapak perhimpunan.. nyanyian menurunkan bendera dan kawad kaki.. selepas majlis tersebut.. semua ahli dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan mengikut sekolah.. lelaki dan perempuan telah diberi permainan hoki tangan.. aktiviti ini diasingkan di antara lelaki dan perempuan.. selepas makan pagi.. ada majlis penutupan di dewan.. dikeranakan bas lewat tiba.. pelajar2 sekolah menengah Taman Tasik dan Pandan Mewah telah di bawa ke bukit Malawati untuk mengambil gambar kenang2an.

p/s : sebenarnya jalan cerita lebih seronok, gamat dan kelakar gile2.. dikeranakan diambang kesedihan.. xde mood nak bercerita secara sempoi.

1 ulasan:

Hanis Amanina berkata...

btn? bila sebenarnya kita kena pergi btn eh?