Ahad, Februari 15, 2009

tengok citer touching :((


perasaannya bila tengok filem ni masih sama seperti Father of the Bride 1... kali ni dia akan menjadi seorang atok dalam usia yang sungguh muda... bagi dia la muda... tanpa diduga... dia akan menimang anak perempuan dan cucu lelaki dengan serentak... bayangkan bila bayi tu dah dewasa... pelik kan kalau bayi lelaki tu panggil makcik kat bayi perempuan... padahal umur dieorang sama je.

leretan peristiwa ni berlaku lebih kurang 3 bulan selepas hari perkahwinan anak perempuannya... hari tu, menantu lelaki dan anak perempuannya datang ke rumah dan memberi tahu yang anak perempuannya akan hamil... bila isterinya berkata, kita akan bakal menjadi grandpa and grandma... dia terus tak tentu hala... seminggu kemudian, isterinya pula disahkan hamil... lagi la dia tak tentu hala... tak sangka dia akan menguruskan isteri dan anak perempuannya yang sarat mengandung selama 9 bulan akan datang... itu lah berbaloi jadi seorang ayah.

p/s : maaf ya tak on9 tengah malam tadi sebab tengok citer ni.

Tiada ulasan: