Jumaat, Februari 13, 2009

Mak kata... (part 2)

kalau kita dengan perempuan...

perempuan sungguh rumit untuk diperkatakan... mungkin aku sebagai lelaki yang hanya memahami kelakuan/sifat kaum lelaki sahaja... jadi sungguh susah untuk aku menulis sifat perempuan dengan dasarnya... tapi itulah... masyarakat akan menilai seseorang itu dari segi luarannya... seperti pakaian tutup aurat... cara dia berkomunikasi... perfahaman dia terhadap sesuatu keadaan... respon dia pada sesuatu perkara... dan sewaktu dengannya.

perempuan ni secara amnya kaum yang cepat tersentuh... jadi sebagai lelaki, kita patut menjaga adab dan tutur kata apabila berkomunikasi dengan perempuan... jangan membuatkan mereka salah anggap pada kita... mungkin dikeranakan kita bersifat mudah, sempoi, ego kuat, dan sewaktu dengannya... manakala sifat perempuan adalah sebaliknya... rasanya sifat perempuan yang mempunyai sifat lelaki sebaliknya sudah kurang... dan kebanyakan perempuan zaman kini lebih kepada lelaki, sehinggakan wujudnya golongan pengkid dan sewaktu dengannya... sungguh jarang (rare) wanita melayu terakhir di luar sana.

jadi banyak situasi yang boleh diterangkan apabila kaum adam berkomunikasi dengan kaum hawa... situasi yang sering kita lihat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan... ternyata perempuan dalam situasi ni mempunyai sifat mudah dan tidak kisah dengan siapa dia bergaul... ini akan mempengaruhi sifat kewanitaannya... dan pada masa yang sama tidak kisah jika lelaki itu menyentuhnya secara sengaja... adalah tidak salah jika perempuan ingin berkomunikasi dengan lelaki... si lelaki pun satu suka ambil kesempatan... dan si perempuan ikut saja kehendak lelaki itu... alasannya, ini zaman moden... maksud zaman moden tu, seperti label budaya barat, yang agamanya tidak menghalang paksi pergaulan.

sedarlah... tidak malu, jika kita dilihat sebagai lelaki yang teruk dimata perempuan... bagi aku sebagai penulis sungguh malu dan segan untuk berhadapan dengan mereka, jika aku mempunyai sifat tu... jadi... lelaki yang terok diluar sana, berubah lah cepat... jadi lah lelaki maskulin di mata perempuan... dan tampak beradab dan menjaga tata tertib pergaulan... ramai perempuan akan suka pada kita, jika kita tidak berkelakuan senonoh... fikir-fikirkan lah.

p/s : ayat berunsur nasihat, tengah testing ayat jiwang.

1 ulasan:

bina badan berkata...

Jom Dapatkan Panduan Bina Otot Badan Untuk Lelaki Disini....Agar Anda Kelihatan Lebih Kacak Dan Macho....
Jangan Segan2..Milikilah Badan Impian Anda Sekarang.....