Malam bertarikh 7/1/2009,aku berpendapat untuk meminta nasihat daripada rakan karib ku sendiri dan saudara jauh ku...tidak perlulah aku kemukakan namanya...aku sungguh rungsing tentang perhubungan antara aku dan dia...seperti sudah retak seribu dikeranakan salah faham...itu lah yang ku rasakan...malam itu aku meminta pendapat daripada mereka berdua ini tentang hubungan antara aku dan dia...rakan karib ku menyatakan kesilapan aku kerana terburu-buru melakukan keputusan yang sepatutnya dibawa bincang bersama...tetapi sebaliknya pula pendapat daripada saudara jauh ku yang menyatakan jodoh pertemuan ditangan Allah dan sesungguhnya dia masih muda untuk aku dan sebolehnya melepaskan dia pergi.
Pendapat rakan karibku menyatakan tentang keistimewaan dan keindahan cinta masa muda ini...dan mengesa aku untuk mengekalkan hubungan ini kerana rakan karibku sudah masak perempuan jenis ini...seperti dinyatakan rakan karibku...adalah perkara biasa kepada perempuan yang baru break up (putus cinta) meluahkan segala-galanya tentang hubungannya sebelum ini...sebagai contoh...dia telah meluahkan rasa hatinya di artikal majalah sekolah untuk tatapan umum dan berharap ia sampai kepada kekasih lamanya...rakan karibku menyatakan lagi...perempuan jenis ini perlukan seseorang yang baru dalam hidupnya untuk melepaskan penderitaan sebelum ini dan berharap dapat memberi kekalan terhadap hubungan yang baru...dengan kata lain sebagai pengubat duka lara...jadi berharap yang aku bersabar dan cuba perbaiki hubungan ini.
Pendapat saudara jauh ku pula...menyatakan bahawa dia tidak sesuai untuk aku dari segi kematangan dan gaya hidup...menganggap yang hubungan antara 2 ihsan yang perbezaan umur yang ketara tidak memberi apa-apa kebahagiaan...saudara jauh ku menyatakan lagi...dia tahun ini akan menghadapi peperiksaan pmr dan aku pula baru sahaja tamat peperiksaan spm...ternyata sekali yang aku akan mengalami perubahan gaya hidup apabila menyambung pelajaran kelak dan aku akan berjauhan dengannya...apabila tiba masa itu...dia masih dalam zaman persekolahan dan aku pula berada di zaman institusi pengajian tinggi...sudah pasti jika aku lepaskannya, aku berupaya untuk mencari perempuan yang lebih matang dan beralur gaya hidup sama dengan aku...tapi ini berkenaan dengan perasaan...saudara jauh ku menyatakan lagi...jika ada jodoh...mungkin aku akan bertemu kembali atau...aku bertemu dengan perempuan lain yang lebih baik...
aku tidak tahu cerita sebenar disebalik artikal itu...dan mungkin aku telah salah tafsir maksud kandungan artikal itu...atau mungkin ego aku kuat sehingga meminta dia putuskan hubungan ini dengan segera...jika difikirkan balik...rasanya aku tidak perlu berdamping dengannya...kerana dia perlu fokuskan dirinya pada pembelajaran dan bukannya aku.
p/s : dalam mood sedih..:`(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan