Dari segi perspektif dalam dunia lakonan...siapa sangka jalan cerita dan dialog cerita itu di bonekakan oleh seorang pengarah yang bertauliah atau dengan kata lain...seorang master mind...untuk memastikan cerita itu nampak benar pada mata si pelihat...setiap pergerakan yang di olahkan pengarah mesti dipatuhi oleh pelakon...dan pelakon mesti menjiwai watak itu...sungguh hebat jika mereka seperti ini mampu mengolah lakonannya pada dunia realiti...untuk mendapatkan jalan cerita yang terbaik...pengarah akan memanipulasikan setiap plot dan persekitaran jalan cerita itu...dengan ini pembohongan/lakonan jalan cerita itu dapat dijalankan seperti yang diarah...
Dalam kehidupan seharian...setiap manusia tidak sempurna...setiap pergerakan mereka telahpon diarahkan oleh azali/takdir...hendak atau tidak...setiap perbuatan mereka itu telahpon dibataskan untuk memastikan hayat ini stabil...tetapi mereka boleh memanipulasikan ketakdiran itu dengan usaha dan doa untuk mencapai kejayaan yang mereka hendaki...memang Allah S.W.T memberi nikmat kepada kita dalam banyak jenis...tetapi tanpa usaha dan doa berpanjangan kita tidak mungkin mendapat apa yang kita ingini...
Dalam kepincangan perhubungan atau persahabatan...untuk mengelakkan sesuatu yang mereka tidak di ingini/jangka...mereka terpaksa berpura-pura/berlakon...dengan ini kepincangan itu tidak wujud walaupun ia akan memberi kesan buruk yang teramat sesangat jika ia benar-benar berlaku...mungkin dengan cara itu dia akan mendapat faedah ataupon...mempergunakannya untuk menjahanamkan sesuatu...sungguh hebat lakonan ini...kerana lakonan/pembohongan ini adalah lumrah dan ia memang ada pada setiap manusia...mungkin bersebab ia wujud...tetapi kepercayaan yang ditaburkan adalah sia-sia, jika si penerima kepercayaan itu berpura-pura semata-mata untuk mengaut keuntungan atau membinasakannya...
p/s: itulah yang aku nampak...susah nak percaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan