Jumaat, Disember 12, 2008

Kerja Part-time atau Balik Kampong?

Minggu depan antara 2 perkara yang perlu aku pilih untuk memastikan badan aku terus bergerak,merepek aje aku ni,tadi baru aje balik dari hangout dengan kengkawan,Si Sala,Shahir,Imran,dan Si Firdaus.Si Firdaus dah kerja part-time,Si Sala masih memilih kerja yang income lebih RM1000,Si Imran pula dia dapat pergi PLKN Fasa 1 jadi dia sekarang tak berkerja dan sedang membuat akaun bank,dan Si Shahir pula masih entah la.

Aku sekarang ni masih menganggur,entah bila ayah aku nak daftarkan nama aku pergi buat lesen,hari tu pi suroh baca buku peraturan jalan raya dari buku kakak aku,dan sekarang ni diam aje,tengah tunggu dapat gaji la tu.Berbalik pada hangout tadi,kitaorang borak pasal kerja part-time,masa di masjid tadi wan ajak pergi cari kerja minggu depan,dan ia bertindih pula dengan rancangan mak aku nak balik kampong sebab pasal abang aku nak kahwin muda!,Gila apa.

Bila nak difikirkan balik,baik aku ikot kawan aku pergi cari kerja,berbaloi la juga dapat duit lebih sikit sebelum result SPM bulan 3 nanti.Tapi yang aku ni pulak si leceh,dahla takda pengalaman bekerja,jadi faham-faham saja la,suka dok umah main komputer dengan tengok TV.Apepon tengok aje minggu depan nanti...Hue3

Tiada ulasan: