Selasa, Februari 15, 2011

dan lagi, sukarelawan di zoo negara


cuti mc aku tinggal 2 hari.. so aku telah manfaatkan cuti nih dengan pergi ke zoo negara buat aktiviti sukarelawan.. sume nih idea kudin selepas balik daripada hari terbuka finas sabtu lepas.. dan antara kawan2 aku yang turut serta ialah kudin, amirul dan aishah.. ha aishah rajin bawak adik sekali.. bagus betul..

alhamdulillah.. harinih ramai betol budak2 buat aktiviti volunteer kat zoo negara.. dan diantaranya ialah para pelajar High School Klang, para pelajar Universiti Islam Antarabangsa, dan kiteorang ofcoz!.. budak2 1st time akan diberi taklimat.. so hanya budak2 sekolah ngan uia je la yang kene taklimat dengan felo, kiteorang dikecualikan.. hehehe..

dari kiri : Amirul, Kudin, Adik Aishah dan Aishah

kiteorang rapat dengan beberapa felo kat zoo negara nih.. salah seorangnya pakcik musa.. so pakcik musa pick aku, amirul dan beberapa budak sekolah buat kerja kat departmentnya iaitu Savana.. kudin, aishah ngan adiknya buat kerja kat department beruang.. dak2 yang lain pon dibahagikan kat department lain2..

kerja kat department savana best.. kerja berat tapi sekejap.. ahaha.. so banyak rehat gak la sepanjang buat kerja kat department nih.. takde la tension.. antara kerja yang aku buat ialah bagi zirafah makan, bagi burung unta makan, bagi badak sumbu makan, bersihkan kandang antelop, dan kandang zirafah.. semua kerja nih buat sama2.. so cepat la siap..

time rehat la boleh posing2 bergamba ngan haiwan.. hehe

ha time balik best.. si amirul ajak singgah rumah dia makan sat.. mak dia masak simple tapi sedap!.. ada dadih lagi, feveret tu.. hehehe.. ha time makan nih la yang tak boleh bela.. masa aku tengah makan, adik amirul tenung aku lama2.. tapi aku endahkan je.. tiba2 dia cakap.. "abang.. abang comel la".. aku tersenak terkejut.. kawan2 aku sume gelak2.. ahaha.. spoil betol, orang tengah sedap2 makan dia cakap camtu.. zzz la...

ha esok.. hari last aku cuti.. esok kene gi hospital ampang balik.. doktor pakar tulang tu nak tengok lengan kiri aku da sembuh sepenuhnye ke belom.. bagi aku da ok la.. kalau tak ok, takde la aku nak taip keyboard tulis post nih.. ahaha..


p/s : lusa masuk kerja balik! yey!.

2 ulasan:

Fara Ada berkata...

macam mana ye nak pegi tawar diri jdik volunteer...pegi mcmtu je ke?? kalau dua 3 org pun xpe ke?

Abdul Rahman berkata...

download borang kat laman web zoo negara.. pastu isi.. selepas isi call orang zoo negara untuk booking kerja.. mudah!