aku serius dengan status aku kat fb pagi tadi!!!
aku pon tak tahu kenapa aku tulis post nih..
tapi firasat dan naluri aku mengatakan ya..
ya kepada kata2 aku pada status fb tersebut..
"AKU BERMIMPI YANG KAU MEMPUNYAI 90 HARI"
dan jangka masa 90 hari telah pon bermula..
bermula pada hari ini!!!
dan ia akan berakhir pada 19/2/2011..
baiklah aku akan kukuhkan statement aku tu..
pertama sekali aku tersentak dari mimpi aku tu pagi tadi dan memang timing azan subuh teros berkumandang, dan ini agak jarang berlaku, lebih2 lagi pagi tadi aku tidur pada pukul 1 pagi sebab buat revision subjek pengajian perniagaan mula dari pukul 11 malam tadi, jadi agak mustahil aku nak bangun seawal pagi tadi..
hampir 90% mimpi aku adalah mimpi deja vu, aku bukan nak bega, tapi itu lah yang aku selalu alami, cuma aku taknak cerita semua mimpi yang aku alami takut ia tidak akan berlaku, kerana majoriti mimpi aku adalah mimpi yang memberi faedah kepada aku dan salah satunya ialah bersama dengan aina (mimpi deja vu yang sudah pon berlaku), dan mimpi "90 hari" ini tidak memberi apa2 faedah kepada aku kerana ia bukan merujuk kepada aku, dan mungkin mimpi ini hanyalah peringatan kepada aku..
diantara banyak2 orang kenapa mesti kau??? itu yang menghairankan aku padahal kau tak pernah tegur aku pon dalam facebook bahkan cuma kekadang like sahaja status atau pautan aku, walaupun kali terakhir kita berchatting ialah pada bulan puasa tahun 2008 di ym, memang salah aku menengking kau hanya disebabkan kotak chat tu timbul setiap kali kau tegur aku dan membuatkan aku rasa annoying, dan aku rasa sebab ini lah kau taknak tegur aku lagi sampai ke hari nih..
dan aku, aku masih bengong kenapa aku tulis post nih, padahal kau tu bukan penting dalam hidup aku walaupun aku pernah menaruh perasaan pada kau, mungkin aku pada waktu tu tidak matang lagi, ya ya ya memang aku tak matang dan mudah jatuh hati kepada perempuan di sekolah pada waktu tu, dan lagi, pada waktu itu aku sedang mengalami transformasi dari budak nerd kepada budak matang..
aku rasa kau takkan baca post aku nih, sedangkan kau sendiri takde blog, dan aku tak rasa kau berminat nak tahu kewujudan blog aku walaupun aku ada letak pautan blog aku pada page facebook aku, apepon, jika benar apa yang aku mimpikan pagi tadi, aku ingin melihat hasilnya pada bulan februari tahun 2011 nanti..
kenapa aku tak halang?, MUNGKIN perkara ini sudah pon termaktub dalam catatanNya, dan jika benar ia sudah termaktub, aku masih tiada kuasa untuk menghalang peristiwa tersebut, dan lagi aku tak tahu BAGAIMANA ia akan berlaku, DIMANA ia akan berlaku, dan pada waktu BILA ia akan berlaku walaupun anggaran tarikh 19/2/2011 itu hanyalah pengiraan matematik manusia aku sahaja.
aku hanyalah manusia keji lagi hina di sisimu ya Allah, yang baik datang dari engkau ya Allah dan yang buruk datang dari aku sendiri..
astaghfirullahalazim, astaghfirullahalazim, astaghfirullahalazim.
p/s : ALLAHUALAM.
3 ulasan:
nape ni bedu? mcm serius je mimpi ko tu :-s
memang serius!.. serius macam status kau semalam.. aku agak tersentak dengan mimpi tu.. mimpi tu sungguh jelas....
pawned.. sekadar mimpi sahaja.. zz
Catat Ulasan