Ahad, Disember 13, 2009

Sukarelawan di Zoo Negara

dari kiri : liyana, din dan acap

semalam aku dengan beberapa ahli kelab Pra-U melakukan aktiviti khidmat masyarakat di Zoo Negara sebagai sukarelawan.. nih kira aktiviti kelab Pra-U lah.. first time buat sukarelawan dulu adalah dibawah pengawasan guru.. kali nih pergi sendiri lakukan aktiviti khidmat masyarakat.

nah nad.. nak sangat tengok gamba man botak nih.

alhamdulillah semalam kakak liyana tompangkan aku, din, dan acap naik ketenya.. saving minyak moto aku.. hehehe.. dan kakak liyana juga join kiteorang buat aktiviti sukarelawan nih.. sepatutnya team kiteorang ada 7 orang.. tapi ada 5.. disebabkan abang din dan kakak ipar din tak dapat nak join sekali sebab ada hal lain.

selepas penat bekerja..

kol 8.20 pagi tu kami daftar nama kat guard.. selepas tu kami briefing dengan kak pentadbir zoo negara.. dia cakap la peraturan2 dan juga tingkah laku yang sepatutnya kami ikuti.. selepas briefing kami diserahkan kepada supervisor jabatan burung.. dia beri tugas2 berkenaan binatang burung.. aku buat macam2 kerja.. bagi burung flamingo makan ikan, bersihkan kandang burung, dan makan angin satu zoo negara tu dengan naik lori.. hehehe.

dapat sentuh anak musang... hehehe

apepon letih gak kerja2 nih.. da kata sukarelawan jadi kene la relakan diri untuk buat2 kerja berat nih.. yang best jadi sukarelawan nih.. sukarelawan boleh masuk sangkar burung, bagi makan, sentuh binatang secara dekat, dan sebagainya.. maksud aku burung tu ialah binatang2 yang dikelasifikasikan sebagai burung.. macam burung unta, emu, dan sebagainya.

p/s : kepada kengkawan yang nak buat kerja sukarelawan kat zoo negara nih.. buatlah dengan hati yang rela.. :D

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiba2 nmpak man dgn penuh kaseh syg terhadap animal
man BOTAK itu macho
hahahhahahhahahah

Ihsan Fahmi berkata...

bedu tak jamb0 dah.
bedu mach0

cam auta jeh =="

Abdul Rahman berkata...

yey!

bedu macho.. :">

Tanpa Nama berkata...

salamualaikum...sy trigin nak join buat kerja sukarelawan kat zoo negara ni...mcm mn sy nak apply ye...ni email sy klau sape2 yg sudi nak bantu..ann305_1982@yahoo.com..

Fara Ada berkata...

nak joinnn kot2 ada nk buat lagi...tlg inform..hukhuk