Khamis, Februari 26, 2009

pengalaman menjadi urusetia

memang best kalau korang mengikuti mane-mane kem yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak luar... banyak sebabnya... diantaranya korang dapat ramai kawan... dapat pengalaman baru... dapat mempelajari ilmu baru... korang boleh asah keberanian korang... dan sewaktu dengannya... di kem tersebut ada beberapa mangkuk ayun (urusetia)... ahahahha... urusetia ialah orang yang menguruskan aktiviti di kem tu... ataupon mereka yang menjaga keselamatan korang sepanjang di kem itu... kerja urusetia ni mudah jer... mereka akan menganjurkan beberapa aktiviti sepanjang di kem tersebut... hampir semua urusetia di kem adalah mereka yang boleh dibawak berkawan... dikeranakan sifatnya yang peramah dan senang dibawak berbincang.

aku pernah menjadi urusetia sebanyak 2 kali... tehee~... yang pertama ialah pada tahun lepas, aku menjadi urusetia keselamatan iaitu aku menjadi paramedik di Kem Tekali, Hulu Langat, Selangor... dan yang kedua pada tahun lepas juga, aku menjadi urusetia yang menghandlekan aktiviti bantu mula (ilmu PBSM) di perkemahan KRS di SMK Taman Kosas.

kali pertama menjadi urusetia~... tehee~... tahun lepas unit PBSM sekolah diantara unit yang paling aktif... apabila ramai ahli PC (pertolongan cemas) dikerah melaksanakan tugas-tugas mereka... sebilangan besar ahli PC telah ditugaskan untuk menjaga pemain-pemain ragbi sekolah, yang pada masa itu menyertai perlawanan ragbi peringkat negeri... dan pada masa yang sama juga... aku telah diserapkan masok ke dalam kumpulan PC yang menjaga pelajar-pelajar sekolah menengah yang menyertai Perkhemahan Unit Uniform Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Langat di Kem Tekali, Hulu Langat, Selangor... kerja aku senang jek... rawat budak yang pengsan dan luka-luka kecil cam kene gigit pacat... tehee~... dan juga... masa ni la aku baru berkenalan dengan Ihsan Fahmi dan Amir Anwar... mereka berdua ni diantara pelajar yang mengikuti aktiviti kem tersebut.

diantara Urusetia kem Kadet Remaja Sekolah peringkat sekolah di SMK Taman Kosas

kali kedua menjadi urusetia... tehee~... pada tahun lepas juga... kawan aku sorang ni mempunyai pengaruh kuat di sekolah... dengan menjawat jawatan tinggi di sekolah seperti Ketua Pelajar/Ketua Pengawas, Pengerusi unit uniform KRS, dan pengerusi kelab KHB... huish... banyak betol!!!... dia classmate aku, dan dia seorang yang rajin dan seorang yang berpendirian... aku memang tabik kat dia... walaupon dia ni banyak konflik dalaman... hisk2... cam citer drama jek... strait to the point... die telah berniat untuk mengadakan kem KRS di sekolah... cikgu-cikgu dan PIBG sekolah bagi sokongan kat rancangan dia tu... apabila dia mendapat bantuan kewangan dari Pengetua sekolah dan PIBG sekolah... hebat betol dia ni... duit tu digunakan untuk membeli peralatan aktiviti... tempah t-shirt krs (baju rekaan dia)... dan makan-minum sepanjang aktiviti tersebut... dan dia hanya ajak budak2 sekolah sahaja yang menyertai aktiviti ni... dan ahli2 urusetia dipilih dikalangan rakan2 dia, termasuk la aku sekali... tehee~.

p/s : memang best kem tu...kem tu la penemu aku ngan dia...:">

2 ulasan:

Ihsan Fahmi berkata...

aku lagi..

oo..

detik2 pertemuan..

ngee~

Abdul Rahman berkata...

hehehe...
kalau ada pompuan kan baguih...

tehee~