Khamis, Februari 12, 2009

Mak kata... (part 1)

kalau nak ada pasangan...

perkara yang patut korang tahu ialah tahap ketersampaian korang... salah satu faktornya ialah kemampuan korang untuk ber'ehem... korang patut tahu kalau nak berpasangan, lihat keadaan sekeliling korang dulu, macam duit korang cukup ker untuk ber'date... korang tu cukup hensem ker untuk menarik perhatian dia... korang ni pandai berpetah ker... pandai buat lawak ker... dan sewaktu dengannya.

kalau korang tidak berkemampuan untuk ber'ehem... nasihat aku jangan la nak menggatal dengan anak orang tu... kompem hubungan korang tak akan kekal punyer... korang hanya menyusahkan dia dan keluarga dia ada la... huish.

korang semua dah tahu tentang budaya (trendy) anak remaja skang ni... budaya ni telah membazirkan banyak situasi... seperti masa, wang, sosial, dan sewaktu dengannya... jadi banyak faktor yang telah korang selidik untuk memilih perempuan atau lelaki jenis apa yang sesuai untuk dijadikan pasangan korang... jadi nasihat aku, cariklah pasangan yang sesuai untuk dijadikan pasangan korang... jangan lah mencari pasangan yang hanya membuang masa dan sewaktu dengannya.


p/s : ni baru part 1...ada leretannya lagi.

Tiada ulasan: